TAWARAN HEBAT: Siswa Siswi Boleh Miliki Kereta Viva dan Myvi
Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 2 komen pembaca
Oleh: Ummu Zahra
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga syarikat pengeluar kereta nasional kedua telah membuka satu tawaran istimewa untuk pelajar tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.
“Tawaran ini adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan”, kata Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Tawaran ini diberikan menerusi Program Pemilikan Kereta terbarunya iaitu ‘What’s Up Graduate’.
Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini berpeluang membeli kereta keluaran PERODUA dengan bayaran serendah RM 299 sebulan.
“Tawaran ini terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan Myvi yang bermula semalam (10 Oktober 2012) dan akan berakhir 31 Mac 2013.
“Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.
“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” tambah Datuk Aminar Rashid Salleh ketika berucap pada Majlis Perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, semalam.
Selain itu, pelajar-pelajar turut akan menerima Perlindungan Insurans Kemalangan yang bernilai RM20,000 secara percuma di samping diskaun 50 peratus bagi servis di semua Pusat Servis PERODUA di seluruh negara.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Petanda tawaran penurunan cukai kereta Pakatan Rakyat adalah logik dan dapat realisasikan.... kalau tak buat apa nak buat jualan besar-besaran kepada student.... Buat apa nak beli kereta kecil, sendat dan keselamatan tidak terjamin, jika boleh dibeli kereta yang lebih besar, selesa dan selamat pada harga yang sama.
Pakatan Rakyat wajar telah mengeluarkan brouser beberapa kereta sekarang dan buat bandingan harga sekarang dengan harga selepas penurunan duti jika Pakatan Rakyat memerintah. Bukan orang-orang di kampung sahaja ada masalah nak faham segala jargoun ekonomi... yang di bandar pun terkial-kial nak fahami makna semua jargoun tu.... maklumlah belajar ekonomi yang paling minimum pun hanya di tingkatan 6, selebihnya di IPT.... di menengah rendah tak belajar semua tu. Jadi permudahkan pemahaman rakyat.
setuju sangat dengan cadangan tu...Pr perlu keluarkan perbandingan harga kereta semasa bn dan semasa PR memrintah. ini dapat memberi kelebihan kepada PR. juga dicadangkan keluarkan anggaran penurunan harga minyak dlm menifesto PR