BlogList Malaysia

Selatan Online

Indeks Jenayah Johor Turun

Posted by Unknown on 14 Julai 2011 | 0 komen pembaca


Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Julai - Indeks jenayah negeri ini turun sebanyak 89 kes atau 0.84 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jenayah jalanan melibatkan kes ragut juga menunjukkan penurunan sebanyak 114 kes atau 6.38 peratus.

Beliau berkata, kontinjen Johor juga mempamerkan pencapaian yang membanggakan dengan seramai 4,948 orang ditahan akibat penyalahgunaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini.

"Sementara itu, sebanyak 4,764 penagih dadah ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dan 30 orang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1983.

"Bagi kes komersial pula, seramai 310 orang ditahan di bawah kes tipu, pecah amanah, salah guna harta dengan curang, jenayah siber dan wang palsu," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Pada majlis itu, dua pegawai tinggi dan 29 pegawai rendah menerima surat penghargaan atas sumbangan mereka membantu menangani kejadian jenayah di negeri ini.

Jalaluddin berkata, kejayaan polis membanteras jenayah curi motosikal banyak membantu menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

"Polis Johor memberi fokus kepada kegiatan mencuri motosikal kerana jenayah itu banyak menyumbang kepada kenaikan kadar indeks. Lagipun kes samun di negeri ini tidak tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang akan bertukar menjadi Ketua Polis Kelantan hujung bulan ini turut menasihati semua anggota polis supaya terus amanah menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.

Beliau yang mula berkhidmat di negeri ini Mac 2009 berkata, anggota polis perlu lebih menghayati permasalahan, asal usul kepolisan dan bekerja sebaik mungkin selain cuba mencari peluang supaya hasil kerja mendapat pengiktirafan daripada umum.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Indeks Jenayah Johor Turun"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini